Sekian lama baru ana meng 'update' blog ini.
Pertama, masih berfikir-fikir betul ke ana nak teruskan ni atau sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Kedua, lapang sangat kah ana nak menulis ni?
Akhirnya, keputusan dibuat untuk meneruskan blog ini sebagai ruang untuk mengasah bakat penulisan ana dan sebagai medan dakwah ana.
Sebelum diteruskan, memang janggal rasanya membahasakan diri 'ana', tapi nak jadi orang baik-baik kenalah tuturkan bahasa yang baik-baik. Jadi, ini mujahadah ana untuk memperbaiki akhlak ana. Memang kelakar rasanya sebab tuan penulis ni memang bukan golongan ex kolej islam ke sekolah agama mana-mana, atau lulusan agama tapi ana memang seorangyang berusah menjadi muslim yang sebenarnya dan ingin berdakwah. Tugas seorang pendakwah bukan hanya didokong oleh para ulama PAS atau ilmuan UMNO atau mufti antarabangsa sahaja, tapi setiap manusia yang lahir di dunia ini mempunyai tujuan hidup yang sama: KHALIFAH DAN HAMBA ALLAH (UNTU BERIBADAT). Kalau hanya mengharap para 'asatizah' atau 'ilmuan' sahaja yang berdakwah maka akan terlalu sedikit lah bilangannya. ....
Biasa saja kita mendengar kata-kata:
"sampaikan lah walau satu ayat"
Ana tahu bukanlah diri ini sempurna. Maka, ana masih berusaha bermuhasabah diri, bermujahadah dan Insya Allah ber istiqamah dengan sifat-sifat mahmudah. Harapnya, kawan-kawan sekeliling ana menjadi tulang belakang buat ana dan membantu ana menkoreksi diri. Adapun apa yang tersurat di blog ana merupakan pengalaman hidup ana (diubahsuai ceritanya sedikit untuk kesesuaian pembacaan). Ia bukan juga untuk membuka pekung di dada ana atau sesiapa sahaja (eg: bangga menceritakan dosa silam), ia hanya sekadar berkongsi pengalaman dan permasalahan/ kekesalan untuk pembaca lain mengambil iktibar dan membantu ana meleraikan permasalahan yang datang bertamu.
ANA MUSLIM
Saturday, 17 March 2012
Saturday, 26 November 2011
Kenapa ana berblog?
Kerana ana:
1. Seorang yang cintakan bidang penulisan/ berkarya
2. Berkongsi pengalaman ana dalam mencari keberkatan hidup sebagai Hamba Allah
3. Rasa tanggungjawab berkongsi ilmu yang ada
4. Sedia menerima pandangan / ilmu dari tetamu blog ana
Kenapa sekarang??
Dulu ana pernah berblog untuk berkarya (sajak/ pantun- berkisar kehidupan seharian ana). Pendek kata, lebih banyak berkeluh-kesah tentang nasib hidup ana.... Blog tersebut telah dikuburkan atas sebab-sebab tertentu.
Sekarang, ana tersedar rupanya banyak kejahilan/ ceteknya ilmu ana dalam Islam meskipun dilahirkan sebagai seorang Muslim. Ana pasti ada pembaca diluar sana yang nasibnya sama saja seperti ana.
Ia bermula dari niat ana yang ingin merancang bajet ana dan mengumpul harta kekayaan. Ana bernekad membayar "lum sum" loan kereta ana yang masih ada 2 tahun untuk dilangsaikan. Kononnya, boleh dapat rebat. Setelah berjaya melunaskan hutang barulah ana tahu yang ana telah melakukan dosa BESAR dengan melibatkan diri dengan RIBA' (loan kereta dari bank konvensional). Hanya pada usia 30 tahun baru ana menyedari perkara itu. Astagfirullah.... Patutlah masa ana minta loan dulu, rasa tak sedap hati je. Lepas langsai hutang kereta tu, ana dapati diri ana lebih mudah untuk beramal dan sejuk hati....Alhamdulillah. Maka, terciptalah blog ini bagi berkongsi ilmu dan pengalaman ana dalam mencari keberkatan dalam kehidupan...

Subscribe to:
Posts (Atom)